SAO PAULO: Pasukan petugas khas polis di Brazil menyerbu sebuah kelab malam di Sao Paulo dan mengusir hampir 100 orang susulan arahan larangan pesta diadakan semasa pandemik COVID-19.

Serbuan itu membawa kepada beberapa penangkapan yang membolehkan pemilik kelab malam didenda lebih AS$27,000.

Tindakan keras itu dilakukan susulan jumlah jangkitan yang meningkat, institusi kesihatan yang semakin penuh dan angka kematian mencecah lebih 800 sehari di Brazil.

Pada awal Mac, Brazil menggeluarkan arahan ketat termasuk waktu operasi terhad untuk bar dan kelab malam.

Manakala restoran hanya dibenarkan untuk penghantaran ke rumah.

Begitu juga perintah berkurung dikuatkuasakan dari 8 malam sehingga 5 pagi.

Brazil mencatatkan lebih 351,000 kematian akibat COVID-19 dan daripada jumlah itu 82,000 adalah kes dari Sao Paulo.