COVID-19: Rusia terus catat jumlah kes, kematian baharu tertinggi

Astro Awani
Julai 14, 2021 00:09 MYT
Gelombang haba yang melanda Moscow ketika ini dikatakan turut jadi punca kepada jumlah peningkatan kematian. - Gambar fail
RUSIA sekali lagi merekodkan jumlah kematian harian tertinggi dengan 780 kes pada Selasa.
Dalam pada itu, sejumlah 24,702 kes baharu dilaporkan dalam tempoh sama.
Jumlah kes harian ini menunjukkan peningkatan drastik daripada sekitar 9,000 kes pada Jun kepada lebih 23,000 kes sejak awal Julai lalu.
Pihak berkuasa menjelaskan peningkatan mendadak ini adalah akibat daripada sikap sambil lewa rakyat negara itu terhadap langkah berjaga-jaga selain penularan varian delta dan keraguan terhadap vaksin.
Pada masa sama, gelombang haba yang melanda Moscow ketika ini dikatakan sebagai punca kepada jumlah peningkatan kematian.
Menurut Ketua Pasukan Perubatan Hospital Vorokhobov, Andrey Shkoda, ia menyababkan tekanan kepada mereka yang mengalami penyakit kronik.
Sejak dua minggu lalu, purata suhu yang dicatatkan adalah 34 darjah Celcius.
Sementara itu, pihak berkuasa kini berusaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi.
Setakat Selasa, hanya 28.6 rakyat Rusia atau 19.5 peratus daripada 146 juta populasinya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
#Rusia #COVID-19 #jumlah kematian #vaksin #suntikan #Andrey Shkoda