SHANGHAI: Shanghai mengambil langkah menangani kekurangan bekalan makanan susulan bandar itu memasuki minggu kedua penutupan sepenuhnya disebabkan COVID-19.

Lebih ramai pekerja penghantaran telah kembali bekerja untuk memastikan rantaian makanan mencukupi.

Media tempatan CCTV melaporkan seramai 3,000 pekerja tambahan mengambil terbabit dalam pengagihan bekalan di Shanghai.

Ini bagi meredakan tekanan pada penghantaran sekali gus membolehkan bekalan sampai ke setiap isi rumah.

Setakat Sabtu, hampir 25,000 kes tempatan dikesan.

Naib Datuk Bandar Shanghai, Zong Ming berkata, kerajaan akan menarik balik perintah berkurung atau melonggarkan sekatan dalam komuniti yang tidak mempunyai kes aktif dalam tempoh 14 hari.

Sementara itu, kumpulan pertama 6,700 katil di hospital sementara terbesar di Shanghai di pusat pameran dan konvensyen kebangsaan mula digunakan pada Sabtu.

Sebanyak 15,000 katil lagi telah diserahkan pada pagi Ahad dan kumpulan 14,000 seterusnya dijangka siap esok.

Keseluruhan projek itu dijangka menawarkan sejumlah 50,000 katil kuarantin.