Singapura membuat keputusan untuk memulakan Fasa Dua pembukaan semula dari 19 Jun setelah kadar jangkitan masyarakat kekal stabil walaupun terdapat peningkatan dalam aktiviti di tempat kerja pada Fasa Satu.
Keputusan untuk menamatkan Fasa Satu yang bermula pada 2 Jun lepas turut mengambil kira jumlah kes di asrama pekerja asing yang berkurangan dan tiada kewujudan kluster baharu yang besar.
"Dalam Fasa Satu, banyak operasi ditutup dan kami hanya membenarkan beberapa aktiviti dibuka semula bagi menguruskan risiko. Fasa Dua ini berbeza," kata Menteri Pembangunan Negara republik itu, Lawrence Wong.
"Ketetapan kali ini adalah lebih banyak aktiviti yang akan dibuka dan beroperasi semula. Hanya satu pengecualian kecil akan ditetapkan kemudian," kata Wong yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Pelbagai Kementerian pada sidang akhbar maya di sini pada Isnin.
Selain pengecualian kecil, Fasa Dua akan melihat pembukaan semula kebanyakan aktiviti sambil mengekalkan prinsip jarak selamat termasuk membenarkan perhimpunan sosial kumpulan kecil sehingga lima orang.
Walaupun sebahagian besar aktiviti dibenarkan bersambung semula pada Fasa Dua, pembukaan semula sebilangan kecil aktiviti akan memakan masa seperti perkhidmatan dan perhimpunan keagamaan, venue kebudayaan yang besar seperti perpustakaan dan muzium, serta acara besar seperti persidangan, pameran, konsert dan pameran perdagangan.
Tiada lampu hijau lagi bagi pembukaan semula tempat-tempat hiburan seperti bar, kelab malam, pusat karaoke, panggung wayang dan tempat tarikan lain.
Selain prinsip pengurusan selamat, peraturan khusus akan dikenakan ke atas acara dan tetapan seperti perkahwinan, kematian, tempat kerja dan sekolah serta institut pengajian tinggi.
Peraturan itu termasuk memberi kelonggaran tambahan dengan membenarkan pernikahan dilakukan di rumah, pejabat Pendaftar Perkahwinan (ROM) atau Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) dihadiri sehingga 10 orang tidak termasuk kadi.
Perkahwinan di tempat lain pula, dibenarkan dihadiri sehingga 20 orang tidak termasuk kadi, tertakluk kepada had yang ditetapkan di tempat berkenaan berdasarkan kepada prinsip pengurusan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020
Fasa Dua akan melihat pembukaan semula kebanyakan aktiviti di Singapura sambil mengekalkan prinsip jarak selamat termasuk membenarkan perhimpunan sosial kumpulan kecil sehingga lima orang. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
Isu pertama melibatkan dakwaan penutupan fasiliti surau selama dua hari pada 3 dan 4 Disember lalu tanpa sebarang notis.
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024 - Kementerian Kewangan
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus merentasi semua sektor pada 2024 berikutan prestasi perdagangan global dan prospek sektor komoditi yang bertambah baik.
SOP Thaipusam: Upacara kavadi tidak dibenarkan
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) perayaan Thaipusam dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari.
Krismas: Upacara sembahyang dan koir dibenarkan, aktiviti berkunjung untuk yang lengkap vaksinasi
KPN dalam satu kenyataan memaklumkan, SOP berkenaan akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember 2021.
Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi
Manakala bilangan jemaah bagi solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.
KPN tetapkan SOP rumah ibadat selain Islam untuk penerima lengkap vaksinasi
SOP bagi pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penerima vaksin COVID-19 lengkap sudah diselaras.
[KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan
Penulis membangkitkan persoalan mengapa kes positif COVID-19 tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun 'lockdown' hampir satu bulan.
Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak
Hanya 12 orang sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan surau Jawatankuasa Kariah sahaja, dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau berkuat kuasa solat Subuh esok.
KKM kesan 11 kluster baharu melibatkan tempat kerja, komuniti dan aktiviti keagamaan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kluster baharu direkodkan sehingga jam 12.00 tengah hari pada Ahad.
PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Antara aktiviti dibenarkan adalah solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat dengan 40 jemaah lelaki sahaja.