SINGAPURA:Singapura dalam pengesahan awal melaporkan tambahan 27 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan sembilan kes import.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini, semua kes import itu diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di republik itu.
Sementara itu, kementerian tersebut berkata terdapat satu kes dalam komuniti melibatkan pemegang pas kerja.
Dengan perkembangan baharu itu, jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 57,742 kes.
Menurut kementerian itu, ia masih meneliti perincian kes dan kemas kini lanjut akan dikeluarkan malam ini.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat malam tadi, MOH berkata dua kes komuniti dilaporkan semalam melibatkan rakyat Malaysia, kedua-duanya pemegang pas kerja dan berusia 26 tahun.
Menurut MOH Kes 57847 yang bekerja di Lapangan Terbang Changi telah diuji sebagai sebahagian daripada pemeriksaan proaktif pekerja dalam perkhidmatan penting yang tinggal di luar asrama.
Sementara itu Kes 57861, telah dikenal pasti sebagai kontak isi rumah Kes 57847.
Setakat 28 Sept, terdapat 887 kes melibatkan pemegang pas jangka panjang dan pas kerja di sini dan dikategorikan di bawah kes komuniti.
Setakat ini, MOH telah mengklasifikasikan 1,052 kes yang dilaporkan sebagai kes import; 2,247 kes komuniti dan 54,416 melibatkan penghuni asrama.
Seramai 57,393 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj dari hospital atau dirawat di kemudahan komuniti.
Menurut kementerian itu 36 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dan tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi.
Sementara itu, 259 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif bagi COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik itu dengan dua kematian pertama dalam satu hari dilaporkan pada 21 Mac.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam, tiga kluster ditutup iaitu Changi Lodge II; serta dua asrama iaitu 35 Kian Teck Way; dan 66 Tech Park Crescent.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020
Dengan perkembangan baharu itu, jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 57,742 kes. - Gambar fail/REUTERS
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.