awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes selesema melebihi tahap amaran di Jepun
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Situasi di Eropah masih serius

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2021
23:29 MYT
COVID-19: Situasi di Eropah masih serius
Dr Hans menggesa untuk tidak meragui vaksin AstraZeneca yang berkesan mengurangkan kemasukan ke hospital dan mencegah kematian. - Foto Twitter/@hans_kluge
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan situasi COVID-19 di Eropah masih serius dengan lebih sejuta kematian dan sekitar 1.6 juta kes baharu dilaporkan setiap minggu di benua itu.
Secara keseluruhan, hampir tiga juta kematian direkodkan akibat COVID-19 di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat paling teruk terjejas diikuti Eropah.
"Minggu lalu, kita melepasi satu juta kematian COVID-19 yang disahkan di wilayah Eropah. Situasi di rantau ini serius; 1.6 juta kes baharu dilaporkan setiap minggu. Itu 9,500 setiap jam, 160 orang setiap minit," kata Dr. Hans Kluge.
Bercakap mengenai kebimbangan berkaitan vaksin, Pengarah Bahagian Eropah WHO itu berkata, risiko individu mengalami pembekuan darah lebih tinggi terhadap mereka yang dijangkiti COVID-19 berbanding mereka yang disuntik vaksin AstraZeneca.
"Buat masa ini, risiko pembekuan darah jauh lebih tinggi bagi seseorang yang dijangkiti COVID-19 daripada seseorang yang telah mengambil vaksin AstraZeneca. Jangan bimbang lagi, vaksin AstraZeneca ini berkesan dalam mengurangkan kemasukan ke hospital dan mencegah kematian akibat COVID-19," jelasnya.
Beliau juga menggesa untuk tidak meragui vaksin AstraZeneca yang berkesan mengurangkan kemasukan ke hospital dan mencegah kematian.
Tambahnya, terdapat tanda-tanda awal penularan semakin perlahan di beberapa negara khususnya dalam kalangan golongan warga emas.
Peratusan kematian dalam kalangan golongan individu berusia lebih 80 tahun yang diberi keutamaan vaksin menurun hampir 30 peratus, tahap terendah sepanjang pandemik.
Topic Berkaitan
#WHO
#warga emas
#COVID-19
#AstraZeneca
#vaksin
#pandemik
#kes kematian
#eropah
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan