awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tahap waspada rendah boleh wujudkan varian berbahaya - WHO

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2022
03:00 MYT
COVID-19: Tahap waspada rendah boleh wujudkan varian berbahaya - WHO
Dr Tedros berkata jurang dalam ujian saringan dan vaksinasi mewujudkan keadaan sempurna untuk varian baharu yang menyebabkan kematian ketara muncul. -Gambar fail/Reuters
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran, kesilapan dalam strategi menangani COVID-19 tahun ini bakal mewujudkan keadaan sempurna untuk varian baharu berbahaya muncul.
Amaran itu dikeluarkan ketua pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus sekali gus mengubah nadanya beberapa bulan lepas bahawa dunia boleh menamatkan wabak itu.
Katanya, WHO menyifatkan dunia semakin hampir untuk menyatakan bahawa fasa kecemasan pandemik telah berakhir, namun fasa tersebut masih belum tiba.
Agensi kesihatan global itu menganggarkan kira-kira 90 peratus penduduk dunia kini mempunyai beberapa tahap imuniti terhadap COVID-19 sama ada disebabkan oleh jangkitan atau vaksinasi sebelumnya.
Jelasnya lagi, jurang dalam ujian saringan dan vaksinasi boleh mewujudkan keadaan sempurna untuk varian baharu yang menyebabkan kematian ketara muncul.
Jangkitan COVID-19 berada pada rekod tertinggi di China dan telah mula meningkat di beberapa bahagian di Britain selepas penurunan selama berbulan-bulan.
WHO menggesa kerajaan di seluruh dunia memberi tumpuan kepada mereka yang berisiko, seperti orang yang berumur lebih 60 tahun dan yang mempunyai penyakit kronik untuk divaksinasi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan