BANGKOK: Thailand pada Ahad mencatat 967 kes baharu COVID-19 yang merupakan angka tertinggi sejak penularan virus itu pada Januari tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara tersebut setakat ini ialah 32,625.
Menurut kenyataan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), tiada kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas dan jumlah korban akibat virus itu kekal 97 orang.
Daripada 967 kes baharu, 964 merupakan jangkitan tempatan termasuk 530 yang mendapatkan rawatan di hospitals dan 434 melalui pengesanan kes aktif.
Kenyataan itu menyebut tiga kes import dilaporkan iaitu masing-masing satu dari Malaysia, Emiriah Arab Bersatu dan Perancis.
"Sejumlah 53 pesakit dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad manakala 4,314 lagi masih menerima rawatan," menurut kenyataan itu.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengawalan Penyakit Dr Sophon Iamsirithaworn berkata kluster kelab malam di Bangkok kini menular dengan pantas ke wilayah lain di negara itu.
"Situasi di negara ini semakin membimbangkan," katanya memetik laporan akhbar Bangkok Post.
Meskipun berlaku peningkatan baharu dalam jumlah kes COVID-19, media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 50,000 orang melakukan perjalanan dari Bangkok ke kampung halaman masing-masing pada Jumaat menjelang sambutan tahunan Pesta Songkran yang berlangsung minggu depan iaitu dari 14 hingga 15 April.
Bangkok Post melaporkan bahawa kira-kira 7.3 juta kenderaan dijangka membanjiri jalan raya untuk melakukan perjalanan rentas wilayah mulai Ahad hingga 16 April.
Ahli virologi kanan Universiti Chulalongkorn Dr Yong Poovorawan pula memberi amaran bahawa kes baharu harian boleh meningkat daripada angka 'puluhan kepada ratusan' selepas Pesta Songkran.
Kerajaan Thailand tidak mengeluarkan arahan berhubung sekatan perjalanan bagi percutian sempena Pesta Songkran pada tahun ini.
Bagaimanapun, beberapa pihak berkuasa wilayah menetapkan peraturan kuarantin bagi mereka yang melakukan perjalanan dari kawasan berisiko tinggi seperti Bangkok dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021
Tiada kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas dan jumlah korban akibat virus itu kekal 97 orang. - Gambar fail/ Reuters
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.