BANGKOK:Thailand merekodkan lebih 500 kes COVID-19 pada Sabtu, peningkatan harian tertinggi di negara ini sejak penularan wabak itu Januari lepas dengan semua kes berkait dengan penjual udang berusia 67 tahun di sebuah pasar di Samut Sakhon, dekat sini.
Setakat ini, sejumlah 548 kes dilaporkan daripada kluster ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata sejumlah 1,192 orang menjalani saringan COVID-19 di Samut Sakhon dan 516 didapati positif jangkitan virus itu.
"Kebanyakan daripada pesakit baharu adalah pekerja asing dan tidak bergejala," kata beliau dalam satu sidang media malam tadi.
Beliau juga mengumumkan Samut Sakhon dikenakan sekatan kawalan pergerakan separa mulai semalam sehingga 3 Jan 2021.
Beliau menggesa penduduk Samut Sakhon agar tidak melakukan perjalanan yang tidak perlu.
Selain itu, katanya sekolah dan universiti di wilayah ini ditutup sementara.
"Mereka yang pergi ke pasar udang mulai 1 Dis perlu menjalani kuarantin kendiri," tambahnya.
Sejak pandemik COVID-19 menular pada Januari, kenaikan harian tertinggi yang dicatatkan setakat ini adalah 188 kes pada 22 Mac.
Terdahulu, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissnuyothin berkata seorang wanita berusia 67 tahun, yang menjual udang di pasar dan tidak pernah ke luar negara disahkan positif pada 16 Dis.
Susulan pengesanan kontak, ibu wanita itu berusia 95 tahun, kakak berusia 73 tahun, adik ipar wanita berumur 57 tahun serta lima pekerja tempatan dan asing diuji positif, katanya.
Setakat ini, Thailand mencatat lebih daripada 4,800 kes dengan 60 kematian akibat virus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020
Seorang petugas perubatan menjalankan ujian swab ke atas seorang pekerja asing di sebuah pasar dalam wilayah Samut Sakhon, susulan penularan wabak COVID-19 di Thailand, 19 Dis, 2020. REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.