BANGKOK: Kawalan sempadan Thailand akan diperketat setelah penemuan tiga kes tempatan varian Afrika Selatan yang berpunca daripada rentas sempadan secara haram.

Kes pertama B.1.351 dikesan pada seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang dikunjungi keluarga dari Malaysia menggunakan 'lorong tikus."

Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Opas Karnkawinpong berkata pergerakan orang ramai telah dihadkan di daerah yang terjejas.

Hanya dua kes lain dari varian Afrika Selatan daripada 81 kes dikesan di sana sejak awal Mei.

Varian Afrika Selatan yang ditemui serupa dengan yang terdapat di Malaysia.

Walaupun ada kebimbangan varian tersebut dapat mengancam keberkesanan vaksin COVID-19, Opas berkata program inokulasi besar-besaran adalah efektif dalam mengurangi tahap keseriusan dan kadar kematian akibat penyakit ini.

Kerajaan Thailand umum akan meningkatkan tenaga kerja, pusat pemeriksaan dan pengawasan di sepanjang sempadan darat dan memerintahkan para pegawai agar lebih tegas dalam isu pendatang tanpa izin.

Pihak berkuasa di Bangkok juga melarang pergerakan pekerja di tapak pembinaan setelah 11 kem dikesan antara 30 kluster aktif di ibu negara Thailand.

Pasukan petugas COVID-19 telah meminta syarikat-syarikat pembinaan untuk menjaga pekerja mereka dengan menyediakan makanan dan peruntukan dalam tempoh ini.

Terdapat sekitar 409 kem pekerja di sekitar Bangkok di mana 62,169 pekerja tinggal, separuh daripadanya merupakan buruh migran.

Sekatan pergerakan juga dikenakan di pasar dan pusat panggilan di sekitar Bangkok.

Thailand pada Ahad melaporkan 3,382 kes koronavirus dan 17 kematian baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 129,500 kes dan 776 kematian sejak wabak itu bermula tahun lalu.