BANGKOK:Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh AstraZeneca Plc dan Universiti Oxford dengan bekalan pertama 50,000 dos dijangka diterima bulan depan.
Menurut akhbar Bangkok Post semalam, Setiausaha Agung FDA, Paisarn Dunkum berkata vaksin keluaran AstraZeneca dari Itali itu diluluskan pada Rabu dan lesen import dan pendaftaran vaksin tersebut sah selama setahun.
AstraZeneca merupakan penghasil vaksin COVID-19 pertama diluluskan di Thailand. Sebelum ini, FDA menerima permohonan untuk pendaftaran vaksin daripada AstraZeneca dan Sinovac Biotech Ltd dari China.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul berkata kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 daripada AstraZeneca dijangka diterima pada minggu pertama bulan depan.
Anutin, yang juga Menteri Kesihatan Awam, berkata kumpulan pertama 50,000 dos vaksin AstraZeneca adalah sebahagian daripada 26 juta dos yang diperoleh oleh kerajaan dengan harga US$5 (RM20.20) setiap dos.
"Rundingan sedang berlangsung untuk mendapatkan lebih banyak bekalan kerana kerajaan berhasrat memberi vaksinasi kepada 50 peratus penduduk menjelang akhir tahun ini," katanya.
Anutin berkata beliau secara sukarela menjadi orang pertama di Thailand menerima vaksinasi COVID-19.
Thailand telah menempah 61 juta dos daripada Oxford-AstraZeneca dan tambahan dua juta lagi dos daripada Sinovac Biotech.
Dalam pada itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) melonggarkan sekatan terhadap 13 jenis perniagaan termasuk pusat kecergasan, kemudahan urut tradisional dan spa bermula esok susulan situasi COVID-19 bertambah baik di ibu negara itu.
Bagaimanapun,13 lagi jenis perniagaan dan premis termasuk sekolah dan institusi pendidikan, tempat hiburan termasuk pub dan bar, tempat rekreasi seperti taman air, taman hiburan, taman permainan dan kedai judi masih ditutup.
Setakat ini, Thailand mencatatkan 12,795 kes COVID-19 dan 71 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

Kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 daripada AstraZeneca dijangka diterima Thailand pada minggu pertama bulan depan. - Gambar fail

Liverpool gagal pulih badi kekalahan
Rembatan Mario Lemina menjelang rehat membuktikan pelawat sememangnya berhak untuk meraih tiga mata dalam usaha mencari jalan keluar dari zon penyingkiran.

Manchester United musnah rekod kebal barisan Guardiola
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti selepas 101 saat tiupan wisel pertama berikutan kekasaran Gabriel Jesus.

TSG menang lagi di Turki menerusi kayuhan Carlos di GP Gundogmus
Turki terus menjadi medan TSG memburu kejayaan dengan pelumbanya Carlos Quintero memenangi GP Gundogmus semalam.

PJ City dibarisi pemain tempatan, berjaya curi mata daripada Perak FC
Pada aksi di Stadium Perak, skuad tuan rumah yang turun dengan dua pemain import dan Guilherme de Paula yang baharu mendapat status naturalisasi, gagal merobek benteng skuad The Phoenix.

MB Selangor tinjau kawasan bencana ribut di BBST Isnin
Kejadian ribut pada Sabtu merosakkan 105 rumah ekoran hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 5 petang.

COVID-19: Kes positif hampir cecah 117 juta, kes kematian 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.7 juta.

Rentas daerah: Kegiatan ekonomi di pekan Rantau Panjang kembali rancak
Hampir 95 peratus kedai dan gerai telah dibuka selain kenderaan yang keluar dan masuk juga semakin bertambah.

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tun M, Tun Siti Hasmah terima suntikan vaksin COVID-19
Menurut Dr Mahathir yang berusia 95 tahun, beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin berkenaan.

Petugas barisan hadapan lebih yakin selepas terima suntikan Pfizer-BioNTech
Sehingga hari ini lebih 50 peratus petugas perubatan di Perlis telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

432 petugas barisan hadapan di Bekenu divaksin
Kesemua petugas barisan hadapan itu menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-bioNTech

COVID-19: Mutasi varian Nigeria tidak jejas kemampuan kesan individu dijangkiti
Ini kerana kit tindak balas Polymerase Chain Reaction (PCR) yang sedia ada menggunakan pelbagai sasaran untuk mengesan varian walaupun seseorang itu tidak bergejala.

Suntikan vaksin COVID-19: Hampir tiga juta telah daftar menerusi MySejahtera
Sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka pada 24 Feb lepas, Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi seramai 991,181.

Vaksin COVID-19: Lebih 127,000 sudah terima suntikan dos pertama - Dr Adham Baba
Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 18,034 individu sehingga Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.

Lebih 17,000 terima dos pertama vaksin COVID-19 di Thailand
Sejumlah 17,697 individu di Thailand telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, tidak langgar Akta 342 jika tidak ambil - Takiyuddin
Suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan di buat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.