COVID-19: Tunjuk perasaan anti-sekatan tahap tinggi di London

Astro Awani
Disember 20, 2020 03:10 MYT
Anggota polis cuba membantu seorang lelaki di Soho, di tengah-tengah penularan COVID-19 di London, Britain, 16 Okt, 2020. - Gambar fail REUTERS
SUSULAN sekatan tahap tertinggi dikenakan di London dan Selatan England, penunjuk perasaan anti-sekatan berkumpul di London sebagai protes.
Kebanyakan mereka tidak mengenakan pelitup muka atau mengamalkan penjarakan fizikal ketika berkumpul di luar bangunan Parlimen.
Anggota polis dikerahkan untuk mengawal demonstrasi aman tersebut.
Terdahulu, Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson mengumumkan sekatan terbaharu pada tahap 4 di London, berkuat kuasa Sabtu, susulan peningkatan mendadak kes positif di kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa sebelum ini menyatakan mutasi COVID-19 yang berada di London mempunyai kadar jangkitan yang pantas.
Beberapa negara di Asia, termasuk Malaysia, sebelum ini pernah merekodkan mutasi jenis D614G yang mempunyai kadar kebolehjangkitan 10 kali ganda berbanding mutasi biasa COVID-19.
#protes #London #sekatan #COVID-19 #koronavirus #Boris Johnson #Penunjuk perasaan #Parlimen #Perdana Menteri #England #polis #pelitup muka