COVID-19: UK dijangka buka sempadan kepada pelancong lengkap divaksinasi

Astro Awani
Julai 27, 2021 22:33 MYT
Keutamaan bakal diberikan kepada pelancong dan pengembara dari Kesatuan Eropah (EU) serta Amerika Syarikat. -Gambar hiasan
LONDON: Perdana menteri Britain, Boris Johnson dijangka akan meluluskan pembukaan semula pintu sempadan negara itu kepada pelancong yang sudah lengkap divaksinasi.
Lapor Reuters yang memetik Financial Times, keutamaan bakal diberikan kepada pelancong dan pengembara dari Kesatuan Eropah (EU) serta Amerika Syarikat.
Kerajaan United Kingdom yakin adalah selamat untuk menerima semula kedatangan pelancong asing.
Mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya sudah menerima dua dos suntikan.
Langkah itu dijangka dilaksanakan seawal minggu depan.
#Boris Johnson #Amerika Syarikat #COVID-19 #England #EU #Kesatuan Eropah #pelancong #United Kingdom #Britain #vaksin #suntikan