awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Varian baharu Arcturus lebih berbahaya?

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2023
09:51 MYT
COVID-19: Varian baharu Arcturus lebih berbahaya?
Kajian makmal mendapati Arcturus yang mempunyai gejala sama seperti varian sebelum ini seperti demam, sesak nafas dan batuk berupaya meningkatkan kejangkitan serta potensi peningkatan patogenik. -Gambar hiasan/Reuters
NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mengawasi subvarian baharu COVID-19 digelar Arcturus selepas ia mencetuskan lonjakan kes di India, baru-baru ini.
XBB.1.16 yang merupakan rekombinan dua varian Omicron, BA.2 yang lain pertama kali dikesan pada akhir Januari lalu.
Kajian makmal mendapati Arcturus yang mempunyai gejala sama seperti varian sebelum ini seperti demam, sesak nafas dan batuk berupaya meningkatkan kejangkitan serta potensi peningkatan patogenik.
Sementara itu, penyelidikan dibuat University of Tokyo menunjukkan Arcturus hampir 1.2 kali ganda lebih mudah menular berbanding XBB.1.5 atau Kraken yang paling mudah berjangkit dan pernah mencetuskan kebimbangan sebelum ini.
Pada bulan lalu, Arcturus telah menyebabkan peningkatan sebanyak 13 kali ganda kes di New Delhi yang menyaksikan jumlah kes mencecah angka mingguan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, negeri Haryana dan Kerala telah mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di tempat awam serta sekolah.
Nama subvarian itu dipopularkan oleh Dr Vipin Vashishtha yang menggunakan hashtag menerusi ciapan yang memberi amaran tentang peningkatan kes disebabkan Arcturus pada 17 Mac lalu. -Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#COVID-19
#varian baharu
#Arcturus
#XBB 1 5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan