HANOI:Vietnam bersetuju untuk membeli 30 juta dos vaksin COVID-19 buatan AstraZeneca di samping berusaha untuk mendapatkan lebih banyak vaksin daripada beberapa sumber lain, termasuk Pfizer.
Negara itu sebelum ini turut bersetuju akan membeli vaksin buatan Rusia.
Namun, Vietnam berjanji tidak akan mendapatkan bekalan vaksin secara tergesa-gesa memandangkan negara itu berjaya mengawal penularan virus dengan hanya 1,494 kes positif dan 35 kematian direkodkan setakat ini.
Vaksin yang dibangunkan AstraZeneca bersama Universiti Oxford itu lebih murah itu berbanding vaksin lain serta boleh disimpan dalam peti sejuk konvensional yang memudahkan aspek logistik dan pengedaran, terutama di negara membangun.
“Kami telah menandatangani persetujuan untuk menjaminkan vaksin AstraZeneca buat 15 juta orang, bersamaan dengan 30 juta dos,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Truong Quoc Cuong.
Tambah beliau, Vietnam juga sedang berunding untuk membeli vaksin dari Pfizer, vaksin Sputnik V dari Rusia serta dari China.
Katanya, Vietnam turut layak membeli vaksin daripada program COVAX oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meliputi 16 peratus populasinya, bersamaan dengan 15.6 juta orang.
Vietnam juga sedang dalam usaha membangunkan vaksin sendiri, ‘Nano Covax’ yang telah menjalankan ujian klinikal ke atas manusia manakala vaksin tempatan kedua bakal memulakan ujian klinikal bulan ini.
Namun, negara itu masih belum meluluskan penggunaan mana-mana vaksin buat penduduknya.
Agensi
Mon Jan 04 2021

Vietnam sedang dalam usaha membangunkan vaksin sendiri, Nano Covax yang telah menjalankan ujian klinikal ke atas manusia. Foto - Foto REUTERS

Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut
BBP Jasin menerima panggilan pada pukul 8.42 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota dan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

SIC tidak berhasrat hukum komuniti perlumbaan drag
Azhan berkata komuniti perlumbaan drag adalah sebahagian daripada keluarga sukan permotoran, yang perlu dididik mengenai pematuhan kepada SOP.

17 pekerja di asrama di Singapura dijangkiti semula COVID-19
Kes-kes itu dikaitkan dengan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun yang tinggal di asrama berkenaan dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 19 April.

BPMB lantik Nazir Razak sebagai pengerusi baharu
Beliau menggantikan Datuk Zaiton Mohd Hassan yang bersara pada Februari 2021 selepas berkhidmat selama dua tahun.

COVID-19 | Rakyat Amerika dinasihat tidak memasuki Malaysia
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menasihati rakyat negara itu untuk tidak melakukan perjalanan ke Malaysia. Saranan itu dilakukan setelah menilai situasi pandemik COVID-19 di Malaysia yang dicatatkan pada 'paras empat' yang menandakan kadar penularan di negara ini berada pada tahap tertinggi.

Hari Bumi 2021 | Tingkat kesedaran dalam menjaga bumi
Setiap pandemik yang mengancam nyawa manusia mempunyai vaksin bagi mengelak kehilangan nyawa, namun tidak bagi perubahan iklim.

Hari Bumi 2021 | Cara unik rai Hari Bumi
Sempena Hari Bumi, seorang artis dari China mengenakan gaun yang diperbuat daripada blon berwarna merah bagi menarik perhatian umum.

COVID-19 | Johor tutup tiga lagi sekolah
Johor menutup tiga lagi sekolah pada Khamis. Ia menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di negeri itu akibat penularan wabak COVID-19 sebanyak 20 sekolah.

Segerakan RUU menghendap sebagai kesalahan jenayah
Pelbagai pihak terus mendesak kerajaan supaya menyegerakan penggubalan rang undang-undang berhubung 'stalking' atau perbuatan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah.

Kesalahan Menghendap | Undang-undang sedia ada tidak cukup perlindungan
Peguam, Renuga Ramayah berkata, undang-undang sedia ada tidak cukup memberi perlindungan, melainkan mangsa mengalami kecederaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Institusi diraja adalah payung negara, jangan sekali-kali dicabar - Armada
Armada menggesa agar tindakan keras diambil ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Toksoh takut keno vaksin" - Nasihat warga emas di Kelantan
Nasihat warga emas, suntikan vaksin ini sebagai usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

COVID-19: Singapura siasat jangkitan semula di asrama pekerja
Pihak berkuasa Singapura sedang menyiasat kemungkinan jangkitan semula COVID-19 di kalangan penduduk di asrama pekerja migran.

Akses vaksin: Benarkan perjalanan luar negara bukan penyelesaian - PAHO
Kekayaan individu, kedudukan dalam masyarakat atau kemampuan melakukan perjalanan seharusnya tidak menjadi penentu akses kepada vaksin.

Proses pemberian vaksin bergerak perlahan, di mana silapnya? - Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan bertindak pantas kerana melibatkan kesihatan rakyat.

Vaksin COVID-19: EU sedia gunakan semula vaksin J&J
EU bersiap sedia untuk meneruskan penggunaan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dan mempercepatkan program vaksinasi.

Vaksin COVID: Kurang kesedaran, tiada MySejahtera punca Orang Asli belum daftar PICK
Kurang kesedaran berkaitan kepentingan vaksin dan tiada aplikasi MySejahtera dilihat antara punca Orang Asli masih belum mendaftar.

Vaksin COVID-19: 200 juta dos diberi dalam 100 hari pentadbiran Biden
Biden kini dalam usaha meningkatkan lagi pendaftaran vaksinasi yang dilihat semakin berkurangan melalui penawaran insentif cukai kepada pekerja yang mendapatkan suntikan vaksin.

COVID-19: Perkukuh langkah kesihatan awam untuk capai imuniti kelompok - KP Kesihatan
Hanya dengan secara kerjasama, kata Dr Noor hisham, barulah pandemik ini dapat dikawal dan ditamatkan.