awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 15 juta kes, jangkitan tertinggi dicatat minggu lalu

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2022
02:56 MYT
COVID-19: 15 juta kes, jangkitan tertinggi dicatat minggu lalu
Dr Tedros berkata, vaksinasi dan dos penggalak tetap cara terbaik mengurangkan komplikasi serta mampu membendung penularan wabak. - Gambar fail
KES jangkitan baharu COVID-19 sepanjang minggu lalu mencecah 15 juta di seluruh dunia, menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu.
Bercakap menerusi sidang media yang disiarkan menerusi televisyen di Switzerland, beliau berkata, ia sekali gus merupakan minggu yang menyaksikan jumlah kes tertinggi pernah dicatatkan.
Walaupun mengakui jumlah kematian mingguan kekal stabil sejak Okt 2021 lalu, beliau turut memberi amaran berhubung peningkatan pesakit yang dimasukkan ke hospital.
"Minggu lalu, lebih 15 juta kes COVID-19 dilaporkan kepada WHO dari seluruh dunia. Ini merupakan minggu dengan kes tertinggi pernah dicatatkan.
"Lonjakan tinggi kes ini disebabkan varian Omicron yang semakin pantas menggantikan varian Delta di kebanyakan negara.
"Namun, jumlah kematian dilihat stabil sejak Oktober dengan 48,000 kematian mingguan. Jumlah mereka yang dirawat di hospital juga meningkat, tidak seperti gelombang sebelum ini.
"Ini mungkin disebabkan tahap komplikasi virus yang menurun di kala tahap imuniti juga meningkat disebabkan vaksin.
"Walaupun Omicron menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding Delta, ia kekal sebagai virus berbahaya, terutamanya bagi mereka yang tidak divaksinasi," katanya.
Beliau turut menjelaskan, vaksinasi dan dos penggalak tetap merupakan cara terbaik untuk mengurangkan komplikasi serta dilihat mampu membendung wabak.
Topic Berkaitan
#WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#kes jangkitan tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan