awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 151 kes baharu di Singapura, hanya dua kes dalam komuniti

Bernama
Bernama
16/06/2020
10:13 MYT
COVID-19: 151 kes baharu di Singapura, hanya dua kes dalam komuniti
Jumlah terkini itu menjadikan keseluruhan 40,969 kes di negara itu. - Gambar fail/BERNAMA
Singapura yang akan memasuki Fasa Kedua pembukaan semula mulai 19 Jun, telah mengesahkan 151 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.
Jumlah terkini itu menjadikan keseluruhan 40,969 kes di negara itu.
"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat dua kes dalam komuniti, kedua-duanya pemegang pas kerja. Tiada kes warga Singapura atau penduduk tetap," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan di sini.
Kementerian itu memaklumkan bahawa sebahagian besarnya masih merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,799 sebagai kes komuniti, 581 kes import dan 38,438 kes pekerja asing di asrama.
Setakat tengah hari Isnin, sebanyak 30,366 atau kira-kira 74 peratus daripada jumlah pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.
Terdapat 243 kes masih dirawat di hospital semalam dengan dua dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Menurut kementerian itu, sebanyak 10,183 mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi masih diuji positif COVID-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Sebanyak 26 kematian dicatatkan akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di republik ini setakat ini.
Sementara itu, empat kes yang disahkan pada Isnin dikaitkan dengan empat kes sebelumnya yang membentuk kluster baharu di asrama 23 Tech Park Crescent.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asrama
#COVID-19
#jangkitan
#Kementerian Kesihatan Singpura
#kes baharu
#MOH
#Singapura
#Tech Park Crescent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan