awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 4 kematian baharu direkodkan di Wuhan

Agensi
Agensi
03/04/2020
07:11 MYT
COVID-19: 4 kematian baharu direkodkan di Wuhan
Wuhan berada dalam perintah berkurung sejak Januari dengan penduduk dilarang meninggalkan bandar itu, sekatan jalan raya di pinggir bandar dan sekatan drastik terhadap kehidupan seharian. - Gambar REUTERS
Suruhanjaya Kesihatan Negara China memaklumkan empat lagi kematian baharu dicatatkan di Wuhan, sementara 31 kes positif COVID-19 direkodkan pada Khamis.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif di tanah besar itu sebanyak 81,620 kes dengan 3,322 kematian dilaporkan akibat wabak tersebut.
Beberapa hari sebelum larangan perintah berkurung ditarik balik di Wuhan, penduduk di bandar itu diingatkan supaya kekal berada di rumah dan mempertingkatkan langkah-langkah perlindungan diri.
Ia susulan kebimbangan kepada risiko gelombang kedua pandemik COVID-19 di bandar yang mempunyai 11 juta penduduk itu.
Wuhan berada dalam perintah berkurung sejak Januari dengan penduduk dilarang meninggalkan bandar itu, sekatan jalan raya di pinggir bandar dan sekatan drastik terhadap kehidupan seharian.
Setakat Khamis, China melaporkan dua kes baharu COVID-19 yang membabitkan kes jangkitan tempatan.
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#COVID-19
#koronavirus
#positif COVID-19
#Suruhanjaya Kesihatan Negara China
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan