awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 57 kes baharu di China, angka harian tertinggi dalam tempoh 2 bulan

AP Newsroom
AP Newsroom
14/06/2020
04:25 MYT
COVID-19: 57 kes baharu di China, angka harian tertinggi dalam tempoh 2 bulan
Catatan angka kes baharu tersebut juga menunjukkan bahawa virus tersebut boleh kembali menular ketika kerja-kerja pengawalan jangkitan mula diperlahankan. -AP Photo/Mark Schiefelbein
Kerajaan China pada Ahad melaporkan angka harian tertinggi kes COVID-19 dalam tempoh dua bulan selepas penutupan pasar borong terbesar yang menyebabkan penularan virus itu kembali menjangkiti warga tempatan di negara itu.
Lapor Suruhanjaya Kesihatan Nasional negara itu, seramai 57 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam pada tengah malam Sabtu, sekali gus menjadikan ia angka tertinggi jangkitan virus berkenaan sejak pertengahan April lalu.
Catatan angka kes baharu tersebut juga menunjukkan virus tersebut boleh kembali menular ketika kerja-kerja pengawalan jangkitan mula diperlahankan.
Sabtu lalu, pasar Xinfadi di bahagian tenggara Beijing dan kawasan perumahan berdekatan dilaporkan ditutup setelah lebih 50 individu diuji positif COVID-19.
Pasar borong besar di Beijing ditutup susulan kes baharu COVID-19
Pihak berkuasa seterusnya bertindak menutup 11 komuniti kediaman berhampiran pasar tersebut dan polis juga dilapor telah memasang pagar bagi kerja-kerja penutupan jalan.
Ia merupakan kes jangkitan pertama direkodkan dalam tempoh 50 hari di bandar yang berkapasiti 20 juta orang itu.
Terdahulu, China telah melonggarkan beberapa selepas negara itu mengisytiharkan kemenangan menentang virus berkenaan pada bulan Mac lalu.
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#COVID-19
#jangkitan
#kembali
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#polis
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan