DUNIA

COVID-19: Afrika Selatan akan buka kembali ekonomi biarpun kes naik mendadak

Astro Awani 24/05/2020 | 23:30 MYT
Cyril Ramaphosa umum pelonggaran perintah tinggal di rumah bermula 1 Jun sekali gus bakal menyaksikan kebanyakan sektor ekonomi kembali beroperasi. -Gambar fail/Reuters
Afrika Selatan akan melonggarkan perintah tinggal di rumah bermula 1 Jun sekali gus bakal menyaksikan kebanyakan sektor ekonomi kembali beroperasi.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa membuat kenyataan itu ketika kes COVID-19 di negara itu meningkat mendadak kepada 20,000 orang dalam tempoh seminggu.

Ia dilakukan untuk memastikan ekonomi di negara berkenaan tidak terkesan.

Pada masa sama, sekolah akan turut dimulakan untuk tahun 7 dan 12 sahaja.

Restoran akan dibuka untuk bawa pulang manakala sempadan negara kekal ditutup.

Afrika Selatan turut melarang sebarang perhimpunan kecuali pengebumian dan mesyuarat kerja dengan tidak melebihi 50 orang.

#Afrika Selatan #COVID-19 #Cyril Ramaphosa #ekonomi #koronavirus #perhimpunan #presiden #sekolah