awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Kecurian kabel ancam jadual siap ECRL - CEO MRL
SUKAN
Piala Negara-Negara dedah kelemahan Speedy Tigers
MALAYSIA
Polis siasat penunggang motosikal berkuasa tinggi guna lorong kereta, lori di Jambatan Kedua Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

COVID-19: Akhirnya, saintis temui vaksin keberkesanan sehingga 90 peratus

Saraya Mia
Saraya Mia
09/11/2020
23:53 MYT
COVID-19: Akhirnya, saintis temui vaksin keberkesanan sehingga 90 peratus
Menurut Pfizer, vaksin jenis mRNA itu terbukti mampu mengelak jangkitan COVID-19 bagi hampir kesemua individu yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal fasa ketiga. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Vaksin buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan COVID-19.
Menurut Pfizer, vaksin jenis mRNA itu terbukti mampu mengelak jangkitan COVID-19 bagi hampir kesemua individu yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal fasa ketiga.
“Ini bermaksud kami sudah selangkah dalam memperoleh vaksin untuk diedarkan kepada rakyat, sekali gus mengakhiri pandemik COVID-19,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla dalam kenyataan di laman web rasmi Pfizer.
Menurut data awal ujian klinikal yang diambil daripada 94 kes positif COVID-19 daripada sejumlah 43,538 peserta ujian tersebut, 10 peratus daripada itu telah mendapat suntikan vaksin sebenar manakala 90 peratus mendapat suntikan plasebo atau bukan suntikan sebenar.
Pfizer berkata suntikan kedua vaksin itu memberi perlindungan selama tujuh hari, manakala suntikan pertama memberi perlindungan selama 28 hari.
Dalam pada itu, Bourla berkata pihaknya komited untuk menghasilkan data secara konsisten yang boleh membuktikan keselamatan vaksin Pfizer bersama kerjasama syarikat Jerman, BioNTech.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#vaccine
#vaksin
#German
#Pfizer
#BioNTech
#mRNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami