[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati Susulan Dakwaan Program Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Terkini Di Sini
DUNIA

COVID-19: Angka jangkitan meningkat, Lisbon kuat kuasa peraturan baharu bermula 15 September

Astro Awani 11/09/2020 | 20:36 MYT
Seorang pekerja restoran menyusun kerusi meja di tengah jalan ketika penularan COVID-19 masih berlaku di Lisbon, Portugal, 10 September, 2020. REUTERS
LISBON menguatkuasakan peraturan baharu bermula 15 September ini dalam usaha mengekang penyebaran COVID -19.

Antara undang-undang baharu termasuk had penjualan dan penggunaan alkohol yang hanya dibenarkan sehingga jam 8 malam sahaja.

Selain itu, pihak berkuasa juga mengehadkan perhimpunan hanya kepada 10 orang.

Penguatkuasaan itu itu susulan peningkatan kes COVID-19 sejak tiga minggu lalu.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan 585 kes baharu dilaporkan pada Khamis sementara 646 kes dilaporkan pada hari sebelumnya, angka tertinggi sejak pertengahan April.

Sekurang-kurangnya 1,852 kematian akibat pandemik itu direkodkan sehingga kini.



#COVID-19 #kesihatan #koronavirus #Lisbon #undang-undang