DUNIA

COVID-19: Angka korban global melepasi 2.12 juta

Astro Awani 24/01/2021 | 21:33 MYT
Tanah perkuburan di Valle de Chalco, Mexico bagi menempatkan mereka yang meninggal akibat virus COVID-19 di negara itu. - Foto REUTERS/Carlos Jasso
ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.12 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418,000 kes.

COVID-19 | Angka korban global melepasi 2.12 juta


Ini diikuti Brazil dengan lebih 216,000 kes, India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

BACA: COVID-19: Kes positif dunia menghampiri 100 juta
#COVID-19 #kematian #Amerika Syarikat #Johns Hopkins University #korban