DUNIA

COVID-19: Angka korban seluruh dunia 2.22 juta

Astro Awani 31/01/2021 | 22:59 MYT
Pengebumian pesakit COVID-19 dijalankan di tanah perkuburan Padurenan di Bekasi, Indonesia, 28 Jan, 2021. (Foto AP)
ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini berjumlah 2,225,773 kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 441,200 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 223,945 kes, manakala Mexico (158,074), India (154,274) dan United Kingdom (106,367) pula masing-masing merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia.

Sementara itu, negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Argentina, Afrika Selatan, Peru dan Poland.

Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.



#jumlah kematian #Johns Hopkins University #angka korban