awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Australia Selatan laksana perintah berkurung enam hari

Agensi
Agensi
18/11/2020
15:29 MYT
COVID-19: Australia Selatan laksana perintah berkurung enam hari
Pihak berkuasa tempatan juga merancang sekatan selama lapan hari berikutan pelaksanaan perintah berkurung itu. - REUTERS
ADELAIDE:Australia Selatan melaksanakan perintah berkurung selama enam hari bermula tengah malam Rabu bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Berikutan itu, semua sekolah, universiti, kilang dan restoran diarahkan tutup bermula Khamis dan hanya seorang individu daripada setiap isi rumah dibenarkan keluar bagi tujuan tertentu sahaja.
Semua majlis perkahwinan dan pengebumian serta aktiviti sukan di luar rumah juga dilarang selain pemakaian pelitup muka di tempat awam juga diwajibkan.
Langkah tersebut diambil susulan berlakunya peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak.
Orang ramai beratur di stesen ujian saringan sementara bagi menjalani ujan berkenaan - REUTERS
Orang ramai beratur di stesen ujian saringan sementara bagi menjalani ujan berkenaan - REUTERS
Ketua Menteri Australia Selatan, Steven Marshall, berkata perintah berkurung itu akan berfungsi sebagai pemutus rantaian pandemik itu dan mampu mengurangkan risiko penularan.
"Kami mempunyai peluang untuk menghentikan penularan penyakit ini dan untuk menghapuskan kluster ini. Kami perlu bergerak dengan sangat pantas.
"Kami memerlukan peluang untuk mengenal pasti dan mengasingkan kontak rapat supaya mereka tidak menjangkiti orang lain.
"Penghentian aktiviti komuniti secara sementara mampu mengurangkan risiko penyebaran virus," kata Marshall.
Pihak berkuasa tempatan juga merancang sekatan selama lapan hari berikutan pelaksanaan perintah berkurung itu.
Topic Berkaitan
#Australia Selatan
#Adelaide
#COVID-19
#perintah berkurung
#sekatan
#kes positif
#pekerja hotel
#pusat kuarantin
#Ketua Menteri Australia Selatan
#Steve Marshall
#wabak
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan