Skip to main content

Dunia

COVID-19 bawa kesedaran kepada dunia - Guterres

81600819919_UNGeneralAssembly.jpg
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran, dunia berdepan krisis kesihatan, malapetaka ekonomi dan kehilangan pekerjaan.

Ia dianggap yang terburuk sejak era kemelesetan atau Great Depression, katanya pada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 UNGA di ibu pejabat PBB di New York.

Menurut Guterres, pandemik COVID-19 dianggap menjadi pendorong sehingga dunia terhenti buat sementara.

"COVID-19 bukan sahaja jadi pembuka mata, ia adalah raptai untuk dunia menghadapi cabaran yang lebih besar. Kita mesti bergerak ke hadapan, mengakui bahawa virus ini telah menyedarkan kita semua.

"Kita mesti bersatu. Kita telah melihat, apabila negara-negara membawa haluan mereka sendiri, virus juga menular dalam semua keadaan," katanya.

Guterres menyeru dunia supaya bersatu, khususnya bagi mendepani pandemik tersebut dan bagi mengelak daripada situasi menjadi semakin buruk.


Advertisement

Must Watch Video