DUNIA

COVID-19: AS catat peningkatan berganda kes

Astro Awani 30/06/2020 | 23:50 MYT
Arizona merekodkan peningkatan tertinggi dengan 24 peratus, diikuti South Carolina dan Arkansas. - REUTERS/Gambar fail
SEKURANG-kurangnya 10 negeri di Amerika Syarikat (AS) mencatat peningkatan berganda kes COVID-19.
Rumusan ini didedahkan menerusi analisis agensi berita Reuters.
Arizona merekodkan peningkatan tertinggi dengan 24 peratus, diikuti South Carolina dan Arkansas.
Peningkatan berganda turut dicatatkan di Alabama, Nevada, North Carolina, Oklahoma dan Utah.
Di peringkat nasional, kes baharu meningkat 43 peratus sementara kematian meningkat 20 peratus.
Di Asia, kawalan peringkat kebangsaan, perintah kawalan pergerakan dan mewajibkan pemakaian topeng berjaya mengurangkan kes COVID-19.
Namun di AS, pemakaian topeng menjadi isu politik.
Peningkatan kes ini dicatat ketika banyak negeri sudah mula membuka semula sektor ekonomi mereka.
#Amerika Syarikat #AS #Asia #COVID-19 #ekonomi #kematian #koronavirus #perintah kawalan pergerakan #politik #topeng