awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Denmark henti penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
22:54 MYT
COVID-19: Denmark henti penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca
Sebelum ini beberapa negara Eropah menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca untuk beberapa ketika namun penggunaannya disambung semula bagi had umur tertentu. - Gambar fail
DENMARK menghentikan penggunaan vaksin COVID-19 keluaran Oxford-AstraZeneca susulan wujud kebimbangan berhubung kes terpencil melibatkan masalah pembekuan darah.
Ini menjadikan Denmark negara Eropah pertama henti guna vaksin AstraZeneca.
Keputusan ini dibuat selepas penggunaan vaksin AstraZeneca ditangguhkan sebulan.
Tindakan ini juga dijangka akan melambatkan program vaksin Denmark untuk beberapa minggu.
Pengarah Badan Kesihatan Denmark bagaimanapun tidak menolak untuk kembali menggunakan semula vaksin AstraZeneca di masa depan.
Agensi kawal selia Eropah, Agensi Perubatan Eropah (EMA) sebelum ini umum kaitan antara masalah pembekuan darah dengan vaksin AstraZeneca.
Namun ia mendapati risiko kematian akibat COVID-19 adalah lebih tinggi.
Sebelum ini beberapa negara Eropah menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca untuk beberapa ketika namun penggunaannya disambung semula bagi had umur tertentu.
Ini bukan masalah pertama berkaitan vaksin.
Selain AstraZeneca, masalah sama dihadapi vaksin suntikan tunggal keluaran Johnson & Johnson.
Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah menggantung sementara penggunaan vaksin keluaran Johnson & Johnson.
Keputusan itu juga dipercayai dikaitkan dengan masalah pembekuan darah dihadapi penerima vaksin tersebut.
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#Kesatuan Eropah
#vaksin
#perubatan
#kesihatan
#Denmark
#henti penggunaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan