awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua minggu kritikal untuk Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2021
22:48 MYT
COVID-19: Dua minggu kritikal untuk Indonesia
Dua minggu akan datang menjadi sangat kritikal untuk melihat kejayaan Indonesia mengendalikan penularan wabak COVID-19. -Gambar fail
JAKARTA: Dua minggu akan datang menjadi sangat kritikal untuk melihat kejayaan Indonesia mengendalikan penularan wabak COVID-19.
Ini kerana angka jangkitan masih boleh meningkat walaupun sekatan lebih ketat dikenakan, sekali gus mempengaruhi lebih 100 juta penduduknya.
Negara yang paling terkesan di Asia Tenggara dan keempat jumlah populasi di dunia itu melaporkan 27,913 kes jangkitan baharu, pada Sabtu.
Menteri Penyelaras Tindak Balas COVID-19, Luhut Pandjaitan berkata, dalam dua minggu akan datang, kes boleh terus meningkat di sebalik pelaksanaan ketat di pulau Jawa dan Bali.
Ini kerana, katanya, beberapa jangkitan sekarang berada dalam tempoh inkubasi.
Sekatan baharu seperti pemeriksaan perjalanan lebih ketat, larangan makan di restoran, larangan aktiviti sukan dan penutupan perniagaan tidak penting berlangsung hingga 20 Julai.
Namun ia boleh dilanjutkan sekiranya perlu untuk membawa kes harian di bawah 10,000.
Bagi memastikan orang ramai tinggal di rumah, polis menambah sekatan jalan raya di lebih 400 kawasan di seluruh Jawa dengan 21,000 pegawai dikerahkan.
Varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India tersebar di Indonesia dan mendorong hospital di seluruh Jawa dalam keadaan tertekan.
Pihak berkuasa juga berusaha mempercepat usaha vaksinasi di kawasan yang paling teruk dilanda wabak.
Kempen inokulasi merangkumi hanya 7.7 peratus daripada 181.5 juta orang yang disasarkan tahun ini.
Jakarta melancarkan vaksinasi hujung minggu ini di sebuah stadium bola sepak untuk kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun.
Jumlah jangkitan di Indonesia mencapai 2.26 juta dengan jumlah kematian lebih dari 60,000.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#jangkitan
#sekatan
#Luhut Pandjaitan
#tempoh inkubasi
#Menteri Penyelaras
#Sekatan Jalan Raya
#jumlah kematian
#tinggal di rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan