INTERNATIONAL
COVID-19: Dua penumpang kapal persiaran Diamond Princess meninggal dunia - Laporan
Sebelum ini media melaporkan ratusan daripada 3,711 penumpang dan kru kapal persiaran itu disahkan dijangkiti COVID-19.
Dua penumpang warga Jepun yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin sebelum ini kerana dijangkiti wabak COVID-19 dilaporkan telah meninggal dunia.
Lapor agensi berita negara itu, NHK yang memetik sumber kerajaan berkata mangsa adalah seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 80an.
Sebelum ini media melaporkan ratusan daripada 3,711 penumpang dan kru kapal persiaran itu disahkan dijangkiti COVID-19.