awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua rakyat Malaysia antara 26 kes import baharu di Singapura

Bernama
Bernama
07/02/2021
01:54 MYT
COVID-19: Dua rakyat Malaysia antara 26 kes import baharu di Singapura
Setakat tengah hari Sabtu, tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura. - Foto fail
SINGAPURA:Dua rakyat Malaysia adalah antara 26 kes import baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
Menurut data penuh yang dikeluarkan kementerian itu di sini, lewat malam tadi, kes tersebut masing-masing membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun dan wanita berusia 35 tahun, adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia.
Setakat tengah hari Sabtu, tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan di sini dan semua kes adalah diimport, sekali gus menjadikan keseluruhan kes 59,675.
Daripada 26 kes baharu yang diimport itu, 25 adalah tanpa gejala manakala satu-satunya kes bergejala membabitkan wanita rakyat Malaysia.
Kes import lain adalah dari Bangladesh, Gabon, India, Indonesia, Jerman, Myanmar, Filipina, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 39 tahun yang pulang dari Malaysia juga merupakan antara kes import tanpa gejala di sini.
Setakat ini, terdapat tiga kluster di Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Malaysia
#kes import
#Singapura
#pemegang permit kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan