awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua usaha berterusan hentikan penularan di New York

Agensi
Agensi
06/04/2021
23:12 MYT
COVID-19: Dua usaha berterusan hentikan penularan di New York
Peningkatan kes COVID-19 di New York, Amerika Syarikat dapat dihentikan sekiranya orang awam mendapatkan vaksinasi dan mengambil langkah berjaga-jaga. -Reuters
NEW YORK : Peningkatan kes COVID-19 di New York, Amerika Syarikat dapat dihentikan sekiranya orang awam mendapatkan vaksinasi dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Itu yang ditegaskan Pakar Epidemiologi Kesihatan Awam, Columbia Mailman School, Dr Wafaa el-Sadr.
Malah, jelasnya, dua langkah tersebut adalah penting dalam memastikan penularan dapat dikawal selain tidak memberi tekanan berterusan kepada sistem kesihatan.
“Dalam jangka masa pendek, apa yang perlu kita lakukan adalah untuk menghentikan penularan secepat mungkin, dan memperluaskan liputan vaksinasi.
“Jadi anda perlu bayangkan kita perlu berusaha ke arah dua dimensi yang berbeza atau dua cara yang berbeza.
"Satu adalah untuk mempercepatkan proses vaksinasi secepat mungkin, dan menghentikan penularan dari satu orang ke orang yang lain,” jelasnya.
Untuk rekod, sejak pertengahan Mac lalu, peningkatan kes COVID-19 meningkat secara mendadak dengan kadar jumlah mangsa yang dirawat di hospital juga meningkat.
Malah, menurut Jabatan Kesihatan Negeri, lebih ramai orang muda yang direkodkan dijangkiti COVID-19 dengan 1,146 pesakit berusia antara 20 hingga 54 tahun dicatatkan pada Ahad.
Setakat Selasa, rakyat New York berusia 16 tahun ke atas boleh mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19 sebagai salah satu usaha memperluaskan program vaksinasi di negeri itu.
Ia sekali gus dijangka dapat mengurangkan jumlah jangkitan harian dan pesakit yang dirawat di hospital terutamanya dalam golongan milenial dan generasi x.
Topic Berkaitan
#New York
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#program vaksinasi
#vaksin
#Pakar Epidemiologi Kesihatan Awam
#Columbia Mailman School
#Wafaa el-Sadr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan