awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: England tawar vaksin kepada golongan usia 12-15 tahun

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2021
00:16 MYT
COVID-19: England tawar vaksin kepada golongan usia 12-15 tahun
Remaja berusia 12 hingga 15 tahun di England akan diberikan vaksin COVID-19. -Gambar fail/AP
LONDON: Remaja berusia 12 hingga 15 tahun di England akan diberikan vaksin COVID-19.
Kerajaan Britain mengesahkan langkah itu diambil selepas mendapat sokongan sebulat suara oleh Ketua Pegawai Perubatan (CMO) dari empat negara di United Kingdom.
Menteri Kesihatan, Sajid Javid berkata, pihaknya telah menerima saranan daripada Ketua Pegawai Perubatan untuk memperluaskan vaksinasi bagi melindungi golongan tersebut daripada jangkitan COVID-19.
Pelancarannya di England akan bermula minggu depan manakala Scotland, Wales dan Ireland Utara menetapkan polisi kesihatan sendiri walaupun setiap kerajaan menerima nasihat yang sama daripada ketua pegawai perubatan masing-masing.
Ketua pegawai perubatan mengesyorkan remaja berusia 12 hingga 15 tahun di Britain mendapatkan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech walaupun selepas jawatankuasa bersama vaksinasi dan imunisasi (JCVI) awal bulan ini memutuskan untuk tidak menyokong cadangan tersebut.
Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah lain telah melancarkan vaksinasi kepada remaja dengan lebih meluas.
Terdapat lebih daripada 134,000 kematian akibat COVID-19 di Britain.
Setakat ini, negara itu telah menvaksinasi 81 peratus individu berusia lebih 16 tahun lengkap dua dos.
Ketua Pegawai Perubatan England, Chris Whitty berkata vaksin kepada remaja dapat mengurangkan penularan COVID-19 dan mengelakkan gangguan pendidikan.
Jelasnya, vaksin COVID-19 bukanlah ubat yang mujarab, namun ia penting dan berpotensi membantu mengurangkan kesan kesihatan awam yang timbul akibat gangguan pendidikan.
Ketua pegawai perubatan berkata, dos kedua tidak akan diberikan kepada kumpulan umur itu sehingga sekurang-kurangnya musim bunga nanti kerana masih menunggu lebih banyak data dari seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#vaksin untuk remaja
#Ketua Pegawai Perubatan
#Pfizer-BioNTech
#Sajid Javid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan