awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hong Kong, Singapura jalani kerjasama 'travel bubble'

Agensi
Agensi
11/11/2020
12:59 MYT
COVID-19: Hong Kong, Singapura jalani kerjasama 'travel bubble'
Langkah tersebut akan bermula pada 22 November ini dan ia disifatkan sebagai langkah awal bagi meningkatkan ekonomi negara masing-masing terutamanya bagi sektor pelancongan. Foto: Reuters
Hong Kong:Hong Kong dan Singapura bersetuju untuk mewujudkan gelembung perjalanan atau 'travel bubble' yang akan bemula akhir bulan ini.
Usaha tersebut membolehkan pengembara dari kedua-dua negara itu pergi dan balik ke tanpa perlu menjalani proses kuarantin.
Langkah tersebut akan bermula pada 22 November ini dan ia disifatkan sebagai langkah awal bagi meningkatkan ekonomi negara masing-masing terutamanya bagi sektor pelancongan.
Usaha itu juga akan membenarkan beberapa penerbangan yang ditempah khas untuk membawa penumpang dari kedua-dua negara ini dengan maksimum 200 penumpang.
Setakat ini, hanya satu penerbangan dijadualkan setiap hari, namun ia akan ditingkatkan kepada dua penerbangan selepas 7 Disember.
Menurut pihak berkuasa, usaha tersebut akan ditangguhkan selama dua minggu sekiranya Hong Kong atau Singapura melaporkan lima kes baharu COVID-19 yang tidak dapat dikesan.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Singapura
#ekonomi
#pelancongan
#COVID-19
#sektor pelancongan
#travel bubble
#gelembung perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan