COVID-19: Ibu bapa protes pembukaan sekolah di Peru, bimbang penularan jangkitan

Astro Awani
September 14, 2021 21:39 MYT
Sebilangan besar sekolah di Peru telah kembali ke kelas secara bersemuka kerana keterbatasan akses internet dan elektrik. - Foto Facebook/Peru Central School District
LIMA: Ibu bapa di Lima, Peru mengadakan protes di luar Kementerian Pendidikan negara itu sebagai membantah program perintis untuk mengkaji proses pembelajaran secara bersemuka pada Isnin.
16 sekolah di ibu negara itu dijadual dibuka semula pada Khamis, keputusan yang disifatkan penunjuk perasaan sebagai mendedahkan anak-anak mereka kepada COVID-19.
Sebilangan besar sekolah di Peru telah kembali ke kelas secara bersemuka kerana keterbatasan akses internet dan elektrik.
Ia merupakan inisiatif Presiden Pedro Castillo, yang merupakan guru sebelum menjawat jawatan presiden.
Sebilangan besar sekolah di kawasan bandar ditutup sejak Mac 2020.
Wakil Persatuan Ibu Bapa yang menyertai tunjuk perasaan itu menegaskan, mereka terbuka untuk kembali ke kelas apabila guru dan pelajar diberi vaksin sepenuhnya.
#COVID-19 #sekolah #ibu bapa #protes