COVID-19: India kesan varian berganda baharu

Astro Awani
Mac 24, 2021 21:44 MYT
Seorang petugas kesihatan melakukan ujian swab ke atas seorang individu di Mumbai, India pada 24 Mac 2021. - Foto AP/Rajanish Kakade
NEW DELHI: Pakar kesihatan India mendedahkan mengesan varian berganda baharu COVID-19.
Bagaimanapun ia sahkan varian baharu ini bukan punca peningkatan kes mendadak di negara itu.
Pakar masih meneliti sama ada varian berkenaan berpunca daripada dua mutasi virus sama.
Ia juga sedang mengenal pasti sama ada varian baharu ini lebih mudah dijangkiti atau sebaliknya.
Varian ini dikesan dalam tujuh peratus daripada 11,000 sampel sejak 30 Disember tahun lalu.
“Kami mengesan mutasi berganda E484Q dan L452R, ia dikesan dalam 206 sampel di Maharashtrian dan dalam beberapa kes di New Delhi serta sembilan sampel lagi,” kata Pengarah Pusat Kawalan Penyakit (NCDC) India, Dr Sujeet Kumar Singh.
Dapatan ini diperoleh hasil kajian 10 makmal di bawah Kementerian Kesihatan negara itu.
Pasukan pakar ini menjalankan ujian genom bagi mengenal pasti kod genetik setiap virus.
#COVID-19 #varian baharu #India #E484Q #L452R #Sujeet Kumar Singh #sampel #kod genetik #genom #New Delhi #Maharashtrian