DUNIA
COVID-19: India lapor 77,266 lagi kes positif, kes harian tertinggi setakat ini
Kementerian kesihatan negara itu mendedah hampir 47 peratus jangkitan baharu yang dikesan pada bulan Ogos. - Reuters
India mencatatkan 77,266 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam pada Jumaat, sekali gus menjadikan jumlah jangkitan di negara itu mencecah kepada 3.38 juta kes.
Pada Jumaat, sebanyak 1,057 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sehingga kini ialah 61,529 kes.
Kementerian kesihatan negara itu mendedahkan hampir 47 peratus jangkitan baharu dikesan pada bulan Ogos.
Kenaikan kes secara mendadak itu berikutan arahan Perdana Menteri, Narendra Modi supaya pihak berkuasa menambah ujian saringan.
Di bandar Prayagraj, Uttar Pradesh, ujian mudah alih disediakan dengan kadar pantas yang mana keputusan diperolehi dalam tempoh 10 minit.
BACA: COVID-19: India tingkatkan ujian saringan kepada 900,000 sehari
Difahamkan India telah melakukan 900,000 ujian sehari, dengan 39 juta ujian sudah direkodkan sehingga Khamis.

#India
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#Narendra Modi
#Perdana Menteri
#ujian saringan