awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: India mula edar vaksin ke beberapa bandar

Agensi
Agensi
12/01/2021
11:22 MYT
COVID-19: India mula edar vaksin ke beberapa bandar
Mulai Sabtu ini, India akan memulakan program vaksinasi secara besar-besaran yang melibatkan sekitar 30 juta doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang lain. - REUTERS/Amit Dave
AHMEDABAD:Pihak berkuasa di India telah mula mengedarkan vaksin COVID-19 ke beberapa bandar, iaitu empat hari menjelang hari vaksinasi di seluruh negara.
Penghantaran pertama vaksin yang mengandungi vaksin COVISHIELD yang dihasilkan Serum Institute of India serta dibangunkan Universiti Oxford dan AstraZeneca meninggalkan bandar Pune pada Selasa.
Vaksin tersebut meninggalkan kemudahan institut itu dalam trak yang mempunyai kawalan suhu menuju ke lapangan terbang bandar itu dan kemudiannya dimasukkan ke dalam pesawat peribadi untuk diedarkan ke seluruh negara.
Mulai Sabtu ini, India akan memulakan program vaksinasi secara besar-besaran yang melibatkan sekitar 30 juta doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang lain.
Vaksin tersebut kemudiannya akan diberikan kepada kira-kira 270 juta rakyatnya yang berusia lebih 50 tahun atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain mungkin berdepan risiko kematian jika dijangkiti COVID-19.
Pengawal selia ubat India juga telah meluluskan penggunaan vaksin COVAXIN yang dibangunkan syarikat tempatan Bharat Biotech untuk tujuan kecemasan.
Kumpulan perubatan menimbulkan kebimbangan mengenai vaksin itu kekurangan bukti tentang keberkesanannya.
Ia masih tidak didedahkan lokasi dan masa COVAXIN akan diedarkan.
Untuk rekod, India merupakan negara kedua paling teruk terjejas akibat jangkitan COVID-19 di seluruh dunia, selepas Amerika Syarikat.
Dengan populasi seramai 1.3 bilion orang, India merekodkan lebih 10.47 juta kes positif dan angka korban mencecah 151,327 setakat Selasa.
Topic Berkaitan
#India
#COVID-19
#vaksin
#Covishield
#Serum Institue of India
#AstraZeneca
#Amerika Syarikat
#University Oxford
#Pune
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan