COVID-19: Indonesia catat 5,533 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Khairunnisa Kasnoon
Disember 2, 2020 11:21 MYT
Jakarta masih mencatatkan kes tertinggi jangkitan dengan 1,166 kes baharu menjadikan jumlah jangkitan di bandaraya itu kepada 139,085 kes. -Reuters
INDONESIA merekodkan 5,533 kes baharu pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di republik itu sebanyak 549,508 kes.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Indonesia, 118 lagi kematian dilaporkan menjadikan kes kematian meningkat kepada 17,199 kes.
Jakarta masih mencatatkan kes tertinggi jangkitan dengan 1,166 kes baharu menjadikan jumlah jangkitan di bandaraya itu kepada 139,085 kes.
Sementara itu, Jawa tengah melaporkan 944 kes, Jawa Barat (764), Jawa Timur (460), Kalimantan Tengah (304) dan Riau (227).
Sehingga kini, virus itu telah merebak di 34 wilayah di seluruh republik itu.
#Indonesia #Jakarta #Kementerian Kesihatan #kesihatan #COVID-19 #kes positif #kes baharu #kematian #jawa