JAKARTA: Indonesia menjangkakan gelombang baharu jangkitan COVID-19 memuncak pada awal Julai, berikutan varian Delta yang sangat mudah menular kini dominan di beberapa kawasan, lapor Reuters.
Pada masa yang sama, ruang rawat di hospital-hospital di Jakarta sudah berada pada tahap 75 peratus.
Jangkitan COVID-19 di negara keempat paling padat populasi di dunia itu merekodkan kenaikan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terutamanya selepas cuti Lebaran lalu yang menyaksikan jutaan rakyatnya membelakangkan perintah sekatan pergerakan.
Varian Delta itu dilaporkan lebih dominan di wilayah seperti Jakarta dan beberapa bahagian lain di Pulau Jawa, kata Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin dala sidang media pada Isnin.
Sekurang-kurangnya 60 kes varian itu dikesan di Kudus, Jawa Tengah, dan hospital-hospital di situ sudah lebih 90 peratus penuh, menurut jurucakap Jawatankuasa Bertindak COVID-19 Indonesia, Wiku Adisasmito.
Pada Ahad, Gabenor Jakarta Anies Baswedan berkata, kadar kepenuhan hospital di bandar raya itu sudah mencecah 75 peratus manakala kes jangkitan melonjak 50 peratus dalam tempoh seminggu.
Jika keadaan bertambah buruk, Anies memberitahu, pihak berkuasa terpaksa mempertimbangkan seula larangan dan sekatan tertentu bagi menangani COVID-19.
"Ibu kota saat ini dalam keadaan yang memerlukan perhatian ekstra. Apabila situasi sekarang tak terkendali, kita akan masuk ke fasa genting.
“Jika fasa itu terjadi, maka kita harus ambil langkah drastik seperti yang pernah dialami pada bulan September tahun lalu dan Februari lalu. Kita semua tentu tidak mahu peristiwa itu berulang,” ujarnya dalam akaun Facebook rasminya.
Pihak berkuasa merancang meningkatkan kapasiti hospital sehingga 40 peratus di Jakarta, semetara hotel-hotel akan dijadikan pusat kuarantin, kata Menteri Ekonomi Airlangga Hartarto.
Indonesia secara rasmi mencatatkan lebih 1.9 juta kes jangkitan koronavirus dengan 53,116 kematian, walaupun ada kajian menunjukkan itu bukan skala sebenar kes di republik berkenaan.
Pada Ahad lalu, Indonesia merekodkan hampir 10,000 kes harian COVID-19, iaitu yang tertinggi sejak Februari.
Agensi
Tue Jun 15 2021
Kumpulan pengendali pengangkutan awam sedang menunggu giliran divaksinasi di sebuah pusat penerimaan vaksin di Jakarta. - Reuters
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.