Skip to main content

Dunia

COVID-19: Iran sahkan kematian kelima

51581681198_COVID.jpg
KEMENTERIAN Kesihatan Iran pada Sabtu melaporkan kematian kelima akibat wabak COVID-19, sementara 10 lagi kes positif baharu dicatatkan di negara itu.

Ia sekali gus menjadikan jumlah terkini kes positif meningkat kepada 28 kes setakat ini.

Perkara itu disahkan jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour menerusi temu bual telefon bersama sebuah stesen televisyen tempatan.

Bagaimanapun, Jahanpour tidak memaklumkan secara terperinci bila kematian tersebut berlaku.

Jelas Jahanpour, 10 kes baharu itu masing-masing membabitkan dua di ibu negara Tehran dan lapan di bandar Qom.

Advertisement

Must Watch Video