ISRAEL umum perintah berkurung ketiga sejak pandemik COVID-19 melanda.

Tindakan dikuatkuasakan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Penutupan dilakukan selama dua minggu dengan kebanyakan perniagaan tidak penting terpaksa ditutup.

Ini termasuk larangan perhimpunan awam dan pengurangan transit awam.

Bagaimanapun, sekolah dan tadika akan tetap dibuka.

Israel merekodkan lebih 400,000 kes sejak Mac dengan 3,222 kematian.

Angka jangitan baru di Israel meningkat sejak beberapa minggu terakhir selepas kerajaan mengurangkan sekatan bermula September.

Israel dengan sembilan juta rakyat mula melancarkan program vaksinasi minggu lalu.