COVID-19: Jangkitan meningkat, Republik Czech laksana sekatan baharu, SOP lebih ketat

Astro Awani
Oktober 13, 2020 22:56 MYT
Seorang pekerja restoran menjalankan kerja-kerja mengemas susulan arahan tutup pukul 8 malam bagi mengekang penularan COVID-19, di Prague, Republik Czech, 9 Okt, 2020. REUTERS
REPUBLIK Czech melaksanakan sekatan baharu pada Selasa selepas negara itu merekodkan jumlah jangkitan tertinggi.
Pada Rabu, peraturan lebih ketat dikuatkuasakan dengan semua sekolah ditutup sekurang-kurangnya hingga 2 November, sementara bar, kelab dan restoran juga tidak dibenarkan beroperasi.
Meminum minuman alkohol juga dilarang di tempat awam selain kerajaan turut menghadkan perhimpunan maksimum enam orang sahaja.
Terdahulu, sekatan baharu yang bermula pada Isnin menyaksikan semua teater, panggung wayang, zoo, muzium, galeri seni, pusat kecergasan dan kolam renang awam ditutup.
Republik Czech merekodkan angka tertinggi jangkitan selama empat hari berturut-turut minggu lepas, tertinggi pada Jumaat dengan 8,618 kes.
Sehingga kini, jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu telah melepasi 1,000 kes.
#SOP #sekolah #COVID-19 #Republik Czech #jangkitan #kes positif #sekatan #tutup #tempat awam #perhimpunan #alkohol #restoran