JAKARTA: Dalam usaha membendung penularan COVID-19 di Jawa dan Bali, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan pelaksanaan perintah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) atau darurat.
"Saya memutuskan untuk memberlakukan PPKM darurat dari 3 hingga 20 Julai 2021 khusus di Jawa dan Bali," kata Jokowi dalam pengumuman yang dibuat di Istana Kepresidenan pada Khamis.
Pengumuman darurat di Jawa dan Bali dibuat susulan penularan varian Delta yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19 di negara itu sejak seminggu lalu.
Serentak itu, Jokowi berkata, kerajaan akan menggunakan seluruh jentera yang ada untuk mencegah penularan COVID-19
“Tentera, polis, doktor, kakitangan awam dan perubatan harus bekerja keras sebaik mungkin untuk melawan wabak ini,” kata Jokowi.
Selama pelaksanaan perintah darurat di Jawa dan Bali hanya beberapa sektor penting sahaja dibenarkan beroperasi.
Pelaksanaan perintah darurat itu akan meliputi 122 wilayah dan kota di seluruh Jawa yang merangkumi 60 peratus daripada 270 juta populasi Indonesia selain di kepulauan Bali yang menjadi destinasi percutian popular yang memiliki kepadatan empat juta orang.
Indoesia merekodkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara sehingga mencecsah 2.17 juta kes dilaporkan serta 58,000 kematian.
Lima hari terakhir sehingga 30 Jun lalu, negara itu merekodkan 20,000 jangkitan baharu setiap hari.
Kerajaan Indonesia sedang berusaha mengawal angka jangkitan baharu COVID-19 berikutan sistem kesihatan negara itu sedang berada dalam situasi kritikal ekoran perkembangan terbaharu wabak itu.
Bahkan, petugas-petugas kesihatan negara itu juga sudah mula mengeluh selain tidak kurang yang sudah mengalah kerana terlalu penat.
Berdasarkan perintah darurat, semua industri yang tidak termasuk dalam sektor penting perlu bekerja dari rumah, manakala 50 peratus kakitangan di sektor perbankan, pasaran saham, komunikasi dan teknologi serta petugas hotel harus bekerja mengikut syif-syif yang dibenarkan.
Pusat beli-belah, rumah ibadah, taman reakreasi akan ditutup manakala restoran hanya dibenarkan operasi untuk perkhidmatan membungkus makanan sahaja.
Sementara majlis perkahwinan dibenarkan dengan jumlah tetamu terhad kepada 30 orang dan tanpa jamuan, sebaliknya, dibekalkan pek makanan.
Pasaraya atau kedai menjual barangan keperluan hanya boleh dibuka sehingga pukul 8 malam dengan jumlah pengunjung terbatas pada 50 peratus kapasiti.
Astro Awani
Thu Jul 01 2021
Joko Widodo mengumumkan pelaksanaan perintah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) atau darurat di seluruh Jawa dan Bali berkuat kuasa 3 Julai dan berakhir pada 20 Julai. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Pantau kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMK
Perincian kenaikan ketika pembentangan Belanjawan 2022
Menteri Komunikasi itu berkata kenaikan itu hanya boleh berlaku susulan pengurusan dan tatakelola yang lebih baik diamalkan Kerajaan Perpaduan, terutamanya dalam usaha melawan rasuah.
19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong, China
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou.
PM arah segera tubuh Suruhanjaya Pekerja GIG
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan pendapatan minimum penjawat awam meliputi gaji dan elaun mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.
Kenaikan beri impak kepada perspektif ekonomi negara
Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi.
Kementerian Pengangkutan pantau perkembangan ruang udara
Kementerian Pengangkutan (MoT) memantau rapi perkembangan terkini situasi Gunung Ruang, Indonesia yang dilaporkan meletus sebanyak tiga kali semalam dan mengakibatkan abu merebak ke negara ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Kebakaran sampah jejas kesihatan penduduk
Kebakaran kawasan pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan,Kuala Nerus sejak enam hari lalu menimbul kesulitan dan keresahan penduduk dikawasan berhampiran.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Dua pekerja pengsan dan dua lagi muntah
Dua pekerja lelaki pengsan, manakala dua lagi mengalami muntah dan loya selepas dipercayai terhidu gas phenol selepas kobocoran dari sebuah kilang di kawasan Lunas, Kulim.
Komander Operasi Kanan Pasukan Hazmat JBPM Kedah, Hamizul Azwan Hamdan berkata, bilik gerakan operasi bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia pada jam 9.53 pagi.
Komander Operasi Kanan Pasukan Hazmat JBPM Kedah, Hamizul Azwan Hamdan berkata, bilik gerakan operasi bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia pada jam 9.53 pagi.
Penerbangan dibatalkan, penumpang lambat dimaklumkan
Penumpang yang ditemui krew Astro AWANI di Lapangan Terbang Tawau memaklumkan lewat diberitahu mengenai pembatalan penerbangan masuk dan keluar akibat letusan Gunung Berapi Ruang.
AirAsia batal 21 penerbangan susulan letusan Gunung Ruang
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia membatalkan sebanyak 21 penerbangan antara Sarawak dengan Kuala Lumpur, Sabah dan Johor serta penerbangan antarabangsa ke Singapura, susulan letusan semula Gunung Ruang Indonesia
Indonesia catat kes baharu COVID-19 tertinggi, hampir cecah 9,000
Indonesia mencatatkan kes positif baharu COVID-19 tertinggi sejak kes pertama dikesan Mac 2020, selepas merekodkan 8,854 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.
Indonesia catat 8,002 kes jangkitan baharu COVID-19
Indonesia mencatatkan 8,002 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 735,124 kes.
COVID-19: Indonesia catat 5,533 kes baharu dalam tempoh 24 jam
118 lagi kematian dilaporkan menjadikan kes kematian meningkat kepada 17,199 kes.
COVID-19 di Jakarta makin membimbangkan, kes positif baharu melebihi 1,000 sejak semalam
Kes positif baharu COVID-19 di Jakarta direkodkan melebihi angka 1,000 kes untuk tempoh dua hari berturut-turut sejak semalam.
Indonesia catat 2,447 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 157,859 kes secara keseluruhan, manakala 76,667 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.
Dakwaan larang azan, benarkan perkahwinan sejenis: Jokowi seru penyokongnya tangkis fitnah
Empat isu tersebut melibatkan kes ulama yang dikaitkan dengan salah laku jenayah, larangan azan, perkawinan sejenis, dan penghapusan pendidikan agama.
Cadangan iktiraf Bugis, Jawa perlu dilihat dari pelbagai aspek
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara itu perlu diteliti agar tidak menjadi pertikaian tanpa mengetepikan suku kaum yang terdapat di Sabah.
17 maut, hampir 100 hilang dalam kejadian tanah runtuh di Jawa Tengah
Menurut jurucakap agensi bencana negara, Sutopo Purwo Nugroho, hujan berterusan membuatkan usaha menyelamat terganggu, namun ia masih diteruskan.