awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jepun pertimbang isytihar darurat kali kedua

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2021
02:37 MYT
COVID-19: Jepun pertimbang isytihar darurat kali kedua
Sebagai langkah sementara, restoran dan kedai karaoke di wilayah Tokyo diarahkan ditutup pada pukul 8 malam sementara perniagaan menyediakan alkohol ditutup pada 7 malam. - REUTERS
JEPUN mempertimbangkan pengisytiharan darurat selepas gabenor ibu kota mendesak tindakan itu segera diambil susulan lonjakan kes baharu COVID-19.
Menurut Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura, kerajaan perlu berunding dengan pakar kesihatan sebelum memutuskan deklarasi terbaru.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan Nishimura bersama Gabenor Tokyo Yuriko Koike dan pemimpin dari tiga wilayah berdekatan.
Jelas Nishimura, kerajaan persekutuan dan ketiga gabenor berkongsi pandangan bahawa keadaan di wilayah Tokyo semakin parah sehingga pengisytiharan darurat mungkin diperlukan.
Sebagai langkah sementara, restoran dan kedai karaoke di wilayah Tokyo diarahkan ditutup pada pukul 8 malam sementara perniagaan menyediakan alkohol ditutup pada 7 malam.
Perdana Menteri Yoshihide Suga telah menolak seruan untuk mengembalikan darurat seluruh negara yang telah diperkenalkan kerajaan pada April.
Suga dijadualkan untuk berucap pada 4 Januari.
Setakat ini, Jepun bergantung kepada penutupan perniagaan secara sukarela dan sekatan perjalanan terhadap beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat sebagai langkah membendung penularan.
Tokyo menaikkan tahap amaran tertinggi pada 17 Disember lepas.
Jangkitan di ibu negara Jepun itu mencecah 1,337 pada 31 Disember
Rekod di seluruh negara itu juga pada 31 Disember sebanyak 4,520 kes baharu.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Tokyo
#Amerika Syarikat
#ekonomi
#Jepun
#kerajaan
#kesihatan
#COVID-19
#Yoshihide Suga
#Yasutoshi Nishimura
#Menteri Ekonomi Jepun
#Gabenor Tokyo
#Yuriko Koike
#Nishimura
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan