COVID-19: Kelonggaran SOP di 'komuniti bebas COVID' China

Astro Awani
April 28, 2022 00:00 MYT
Orang ramai beratur bagi menjalani ujian saringan COVID-19 di Shanghai. - Foto REUTERS
SHANGHAI: Pihak berkuasa Shanghai akan memulakan ujian saringan COVID-19 bermula beberapa hari akan datang bagi menentukan kawasan kejiranan yang selamat untuk melonggarakan sekatan pergerakan yang dikuat kuasakan sebelum ini.
Kawasan yang diisytiharkan sebagai "komuniti bebas COVID" akan dibuka semula.
Di beberapa kawasan, pusat ujian saringan dibangunkan bagi memudahkan urusan petugas kesihatan.
Ia turut dibantu oleh sukarelawan komuniti yang melakukan ujian saringan pintu ke pintu terutamanya bagi membantu golongan warga emas yang sukar bergerak berikutan keadaan kesihatan.
Minggu lalu, kerajaan mengumumkan rantaian penularan jangkitan semakin berkurang dalam komuniti buat pertama kali dan ia membolehkan kelonggaran diberikan.
Ia termasuk pembukaan semula ekonomi terkesan teruk susulan strategi sifar COVID-19 yang dikuat kuasakan selepas berlakunya peningkatan kes harian drastik di China.
#COVID-19 #SOP #kelonggaran #sekatan