DUNIA

COVID-19: Kementerian Kesihatan Lubnan cadang laksana perintah berkurung

Agensi 18/08/2020 | 07:35 MYT
Hamad berkata, sebanyak 456 kes baharu direkodkan dengan dua kematian dalam tempoh 24 jam. - Foto Dhemas Reviyanto REUTERS
Kementerian Kesihatan Lubnan mencadangkan agar negara itu ditutup selama 14 hari bagi mengekang kes jangkitan COVID-19.

Menteri Kesihatan Lubnan, Hamad Hassan berkata, sebanyak 456 kes baharu direkodkan dengan dua kematian dalam tempoh 24 jam.

Katanya, jumlah itu sekali gus merekodkan kes keseluruhan positif COVID-19 sebanyak 9,997 dengan 105 kematia.

"Kami memerlukan keputusan yang berani untuk melakukan perintah berkurung dalam tempoh 2 minggu bagi memutuskan rantaian jangkitan virus ini, " katanya yang dipetik laporan Reuters pada Isnin.

Lubnan berdepan krisis kewangan akibat pandemik COVID-19 sebelum kejadian letupan kuat di Pelabuhan Beirut yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 178 kematian.
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #kesihatan #koronavirus #letupan #lockdown #lubnan #menteri #pandemik #perintah berkurung