[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

COVID-19: Kes jangkitan di seluruh dunia melebihi 28 juta

Astro Awani 12/09/2020 | 22:09 MYT
Jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 28 juta kes. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 28 juta kes.

Ini disumbang peningkatan angka jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 6.47 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 4.65 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.28 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes.

Sementara itu, Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol, dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Chile, Iran, Perancis, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Turki, Itali, Iraq, Jerman, Filipina dan Indonesia.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Ukraine, Kanada, Qatar, Bolivia, Ecuador, Kazakhstan dan Mesir.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

#Amerika Syarikat #Brazil #Colombia #India #Johns Hopkins University #kes jangkitan #koronavirus #sepanyol #Ukraine #United Kingdom