awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes kematian di India lepasi angka 100,000

Agensi
Agensi
03/10/2020
12:06 MYT
COVID-19: Kes kematian di India lepasi angka 100,000
Di New Delhi, penggali kubur mengalami kesukaran untuk mencari ruang untuk mengebumikan mangsa kerana jumlah kematian yang tinggi. - Foto AP
NEW DELHI:Kes kematian akibat COVID-19 di India melepasi angka 100,000 pada Sabtu.
Jumlah korban di negara tersebut merangkumi hampir 10 peratus daripada jumlah kematian global.
India adalah negara ketiga paling terjejas teruk akibat COVID-19 selepas Amerikat Syarikat dan Brazil.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan India mengesahkan jumlah jangkitan telah mencecah 6.4 juta kes dengan pertambahan hampir 80,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Di New Delhi, penggali kubur mengalami kesukaran untuk mencari ruang untuk mengebumikan mangsa kerana jumlah kematian yang tinggi.
Pakar berpendapat, jumlah sebenar kematian berkait dengan COVID-19 jauh lebih tinggi berikutan ujian saringan yang rendah di negara itu dan kes kematian yang tidak direkodkan secara teratur.
Walapun kes masih meningkat mendadak, kerajaan India dijangka akan meneruskan persiapan untuk membuka semula panggung wayang dan pusat hiburan dengan kapasiti terhad mulai 15 Oktober depan.
Setakat Sabtu, India merekodkan 6,473,544 kes positif jangkitan COVID-19 dan 100,842 angka korban.
Topic Berkaitan
#India
#kes kematian
#COVID-19
#Global
#New Delhi
#Brazil
#Amerika Syarikat
#penggali kubur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan