DUNIA
COVID-19: Kes positif di Indonesia terus meningkat, jumlah terkini 111,455 dengan 5,236 kematian
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sejumlah 63,366 pesakit masih dalam pemantauan. - Gambar REUTERS
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 1,519 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 111,455 kes.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sejumlah 63,366 pesakit masih dalam pemantauan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 43 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan korban di republik itu akibat coronavirus meningkat kepada 5,236 orang.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 22,504 kes diikuti Jakarta (22,144) dan selebihnya di 32 provinsi lain.
Provinsi Jawa Timur turut mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,719 orang diikuti Jakarta (844), Jawa Tengah (655), Sulawesi Selatan (321) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA